Orang sihat itu ialah orang yang tidak ada apa-apa semboyan yang merungsingkan atau menggangu di dalam dan di luar tubuh badan seseorang itu menurut pertimbangannya yang berkeadaan waras pada waktu itu, maka perasaannya pun sukacita dan perangainya baik, tetapi bila seseorang itu sakit maka timbullah perubahan yang merungsingkan diri yang dirasainya pada sebelah dalam tubuhnya atau di luar tubuhnya.Maka dengan sakit seseorang itu boleh merubah keadaan dan perangainya. Semasa sihat anggotanya dipandang cantik, tutur kata teratur dan lemah lembut serta ramah tamah, tetapi bila ia sakit jadilah sebaliknya dari apa yang disebutkan itu rupanya kelihatan sugul, pemarah bencikan orang atau perangai yang tidak patut dan bertentangan dengan keadaan biasanya. Apabila diperiksa perjalanan hayatnya daripada keadaan urat saraf pencernaan nadi, aliran darah dan degupan jantung, sifat nafsu dan tidurnya didapati berubah daripada biasa. Perubahan tersebut bukanlah perubahan pada satu bahagian tertentu sahaja tetapi mengenai dan berkait dengan seluruh trimutrinya jua. Tegasnya kerana perubahan yang berlaku pada diri yang mendiami pada sangkar tubuh seseorang itu maka perubahan itu juga melarat dan mengembang hingga kepada dua bahagian tubuhnya iaitu bahagian akal, otak, dan tubuh jasmaninya.

Di dalam Islam ada diterangkan dengan jelasnya dari hadith Rasulullah S.A.W berkenaan taun dan penyakit yang berjangkit. Tegasnya Islam tidak percaya kepada iktiqad perjangkitan sebagaimana yang dipercayai oleh sesetengah orang itu. Disitu ternyata bahawa diri batin itu tidak dapat dengan mudah dipengaruhi atau dikuasai kerana yang memegang kuasa itu ialah diri batin seseorang itu yang sentiasa bekerja dengan memerintah kedua-dua bahagian diri iaitu bahagian akal dan bahagian jasad kerana itulah kita dapati misalnya masa hawar mengamuk ada orang yang kena jangkit dan ada orang yang tidak. Ini semua bergantung kepada penerima rasa (suspectibility) seseorang itu pada menolak atau menerima bahaya yang menyerangnya. Bagaimanapun kuasa yang tertinggi ialah kuasa Ruh atau Semangat kemudian barulah kuasa otak atau jasad. Jika semangat itu tidak waras atau tidak betul perjalanannya maka teruslah ia melarat pula ke bahagian otak dan tubuh,kerana diri batin itulah yang terdahulu sakit dan kemudian barulah otak dan jasadnya sakit dengan yang demikian Homeopathy dapat memberikan penawar dan ubat dengan tepat dan jaya, kerana doktor-doktor Homeopathy tahu bahawa yang sakit itu ialah diri orang itu bukan hanya berpandu kepada penyakit orang itu. Falsafah Homeopathy ini telah banyak memberi kesembuhan kepada mereka-mereka yang sakit dengan jayanya.

No posts.
No posts.